Wednesday, July 23, 2008

inside of me...

okay.. next is story tentang ibu nyer visit jumpa doctor untuk scan zufar dalam perut.

oh ya.. zufar time dalam perut ibu.. lebih kurang dah 4-5 bulan camtu la kot (rasanyer la).. nama nickname awak dalam perut ialah 'bilal'., walaupun time tu tak scan lagi tengok jantina.. hehhehe.. pasal ibu teringin anak first ibu boy.. so.. jadilah nama awak dalam perut.. 'bilal'... sampailah ke 14hb Januari 2008... baru la jadi zufar... :D

Monday, July 14, 2008

the way you make me feel...

ari ni genap zufar 6 bulan. kesian ibu tengok zufar. dah dekat 2 minggu selsema. tak sehat2 gak. sampai ibu pun kena selsema gak.. (ibu jangkit zufar ke zufar jangkit ibu eh?)...

okeh. skang citer pasal pengalaman ibu time zufar dalam perut ibu. alhamdulillah. sepanjang mengandungkan zufar ibu tak banyak alah. cuma time awal trimester, ibu cam tader selra makan. makan nasi macam tak sedap. tak boleh nak makan goreng2 kat kedai2 melayu ni. chewahh. cam ngada2 plak. so.. selalunyer ibu malam ibu makan roti nan cheese (boleh dikatakan tiap2 malam) sampai abah pun busan. tengahari makan ape ek?.. oo nasi campur. tapi tak makan bnyk. tader selera langsung. bese kalau makan selalu abeh. ni nak abehkan separuh pun susah. jadi kadang2 makan mcD untuk tengahari. lepas tiap tiap pagi sebelum ibu gosok gigi ke... nak buat apa-apa ke.. bangun je dari tido ibu mesti kena makan dulu.. sebab kalau tak perut kosong pening kepala pehtu muntah. tapi kadang2 tu muntah gak. cuma tak seteruk org lain kot. kira awal 6 bulan pertama ngandungkan zufar ibu mkan roti nan,makan lamb chop, western, banyak kali gak makan teppanyaki. oo.. ntah naper time ibu ngandung tu.. ibu elergik sangat ngan pedas. tokley makan langsung. terasa sungguh pedas. tapi makan black pepper tak per plak. tiap2 pagi plak untuk sarapan.. abah kena belikan ibu roti pisang..hehhehe... kadang2 roti kaya. tapi selalunyer roti pisang. musti nak roti pisang pagi2.

yang bestnyer mengandungkan zufar ni.. pukul 6 mesti zufar kejutkan ibu. jadi sepanjang mengandung ni.. amat jaranglah ibu tertinggey subuh. alhamdulillah. lepas tu tak boleh nak tido balik. pasal time tu zufar suka golek golek dalam perut ibu. abah plak kadang2 buat bodo je bila ibu suh rasa awak gerak gerak lam perut ibu.

cabaran paling hebat mengandungkan zufar ialah semasa bulan puasa. masuk hari ke-2 puasa je, ibu demam. teruk jugak demam ibu tu. sampai menggigil. makan pun tak lalu. satu hari ader la dua tiga suap je yg masuk tekak. kesian abah kena jaga ibu time tu. masuk hari ke-4 ibu demam. abah plak demam. terjangkit dengan ibu. dua dua demam. time nak bukak pose tu, jalan kt pasar ramdhan pun tadek selera. beli pun tak luak gak makan. abah siap boleh simpan untuk sahur. time bukak pose beramai-ramai kat IKEA, makan buffet pun tadek selera gak. geng2 lain makan dua tiga round. ibu ngan abah, satu round pun susah nak abeh. macam sia sia je gi buffet. hahahha.