in loving memory.. Chikeru (pictures taken in 2006)
Monday, December 29, 2008
Takziah..
Thursday, December 18, 2008
Zufar gi Penang
1) holiday
2) at the beach (sblum ni ader gi pantai klebang. tapi tak masuk pantai, jalan tebing batu je.. jadi tak kira..n kat pantai ...(lupa nama plak), tapi tu bbq je.. dok atas tikar je.. jadi x kira gak )
3) stay at hotel
4) mandi bathtub (tader amek gambar plak.. isk luper)
5) gi penang
6) pakai swimming suit
kelakar aa anak ibu ni... kunun kunun ibu n abah seronok aa bawak zufar gi pantai... siap beli swimming suit lagik, pasal kalo pakai diaper nanti kembung masuk air. letak je budak kecik ni kat pasir.. terus meraung terkam takmo lepas... hihihi.. takut betul dia ngan pasir.. maklumlah.. kan first time tu.. bawak gi tepi pantai pun same jugak.. ader gambar zufar cuak ngan ombak pantai. nanti upload bila ada gambar. seronok sangat zufar gi penang, pasal ramai orang layan dia, bawak gi jenjalan, dukung.. sampai takmo makan... yang tensen ibu laaa... dok suap suap x mo... tapi agaknyer pasal bubur kat hotel tu x sedap kot.. ibu pun rasa x sedap... ok la.. nanti nanti aa update cuti cuti malaysia.
Monday, December 1, 2008
G.I.G.I 2
aaaa.. photoshop ngan acdsee wat hal plak.. lenkali aaa update letak gambo dia. jap..
sneak peek sket..
Sunday, November 23, 2008
G.I.G.I
Thursday, November 6, 2008
DEMAM!!!!
P.S: sebab panas sangat.. doktor 'masukkan' ubat ikut bontot.. huhuhu
Monday, November 3, 2008
Tenkiu... tenkiu.. tenkiu...
terima kasih, thank you, arigato kozaimasu, nandre, emkoi, (bahasa lain sila tambah sendiri, yang ni pun ntah betul ntah idak nih)
P.S: kepada yang belum bagi lagi.. kot lupe ke.. tader budget ke.. takper... kami still terima lagi walaupun bulan syawal dah abeh. hehehhehe
Saturday, October 11, 2008
Monday, August 18, 2008
Jatuh!!
sebelum tu hari sabtu (kelmarin), ibu&abah gi makan sate beramai-ramai kat kajang... (mak ngah, mak cu, mak van eton, pakcik ayun, makcik jojet& makcik kda, ngan pakcik pojie)... time nak balik tu.. awak dok sibuk nak ke belakang. main main ngan makcik jojet, makcik kda n mak van eton.. sampai awak ter'overexcited', hampir tergolek 'dok' dalam kete. isk isk.. makin banyak plak accident anak ibu ni....
Wednesday, July 23, 2008
inside of me...
oh ya.. zufar time dalam perut ibu.. lebih kurang dah 4-5 bulan camtu la kot (rasanyer la).. nama nickname awak dalam perut ialah 'bilal'., walaupun time tu tak scan lagi tengok jantina.. hehhehe.. pasal ibu teringin anak first ibu boy.. so.. jadilah nama awak dalam perut.. 'bilal'... sampailah ke 14hb Januari 2008... baru la jadi zufar... :D
Monday, July 14, 2008
the way you make me feel...
okeh. skang citer pasal pengalaman ibu time zufar dalam perut ibu. alhamdulillah. sepanjang mengandungkan zufar ibu tak banyak alah. cuma time awal trimester, ibu cam tader selra makan. makan nasi macam tak sedap. tak boleh nak makan goreng2 kat kedai2 melayu ni. chewahh. cam ngada2 plak. so.. selalunyer ibu malam ibu makan roti nan cheese (boleh dikatakan tiap2 malam) sampai abah pun busan. tengahari makan ape ek?.. oo nasi campur. tapi tak makan bnyk. tader selera langsung. bese kalau makan selalu abeh. ni nak abehkan separuh pun susah. jadi kadang2 makan mcD untuk tengahari. lepas tiap tiap pagi sebelum ibu gosok gigi ke... nak buat apa-apa ke.. bangun je dari tido ibu mesti kena makan dulu.. sebab kalau tak perut kosong pening kepala pehtu muntah. tapi kadang2 tu muntah gak. cuma tak seteruk org lain kot. kira awal 6 bulan pertama ngandungkan zufar ibu mkan roti nan,makan lamb chop, western, banyak kali gak makan teppanyaki. oo.. ntah naper time ibu ngandung tu.. ibu elergik sangat ngan pedas. tokley makan langsung. terasa sungguh pedas. tapi makan black pepper tak per plak. tiap2 pagi plak untuk sarapan.. abah kena belikan ibu roti pisang..hehhehe... kadang2 roti kaya. tapi selalunyer roti pisang. musti nak roti pisang pagi2.
yang bestnyer mengandungkan zufar ni.. pukul 6 mesti zufar kejutkan ibu. jadi sepanjang mengandung ni.. amat jaranglah ibu tertinggey subuh. alhamdulillah. lepas tu tak boleh nak tido balik. pasal time tu zufar suka golek golek dalam perut ibu. abah plak kadang2 buat bodo je bila ibu suh rasa awak gerak gerak lam perut ibu.
cabaran paling hebat mengandungkan zufar ialah semasa bulan puasa. masuk hari ke-2 puasa je, ibu demam. teruk jugak demam ibu tu. sampai menggigil. makan pun tak lalu. satu hari ader la dua tiga suap je yg masuk tekak. kesian abah kena jaga ibu time tu. masuk hari ke-4 ibu demam. abah plak demam. terjangkit dengan ibu. dua dua demam. time nak bukak pose tu, jalan kt pasar ramdhan pun tadek selera. beli pun tak luak gak makan. abah siap boleh simpan untuk sahur. time bukak pose beramai-ramai kat IKEA, makan buffet pun tadek selera gak. geng2 lain makan dua tiga round. ibu ngan abah, satu round pun susah nak abeh. macam sia sia je gi buffet. hahahha.
Tuesday, June 24, 2008
the story..

if u look really really close, u will see the positif line. line jadi blur sebab ada orang pandai (mua'=saya) berangan nak simpan test kit ni. dan dengan bijak pandainya kit ini di basuh untuk tujuan hygiene. maka terjadilah kejadian 'hilangnya' garis positif.
di sebabkan blog ini untuk zufar, jadi ibu rasa perlulah kiranya di ceritakan kisah saat saat hadirnya zufar ke muka bumi ini.. (no. not that kind of detail). test kit dia atas adalah test kit no.3 yang mengesahkan segalanya. sebelum ini ibu beli test kit murah, test, negatif. tapi ibu still tak puas hati sebab ibu dapat feeling yang ibu mengandung. Antara tanda2 nya ialah:
1. time ibu jalan jalan ntah kenapa ramai plak orang mengandung yang ibu jumpa. (kunun...hahahaha)
2. fact yang paling ketara ialah perubahan pada diri ibu.
maka atas dasar tak puas hati, beberapa hari lepas tu ibu gi beli test kit yang mahal sikit. negatif gak. jadi ibu buang aa test kit tu dengan rasa kecewa. tapi time nak angkut sampah buang, ibu terperasan macam ada positif line kat kit tu. walhal dah lama test kit tu di biarkan. so ibu decide untuk tunggu seminggu lagi baru buat test lagi. kali ni ibu beli test kit yang mahal. mahal wo (rm30). ibu decide kalau kali ni negatif gak maknanya negatif la. what did u know.. it turns out positive. excited.. ibu share the result dengan abah. we decide untuk gi klinik bagi 'mengonfirmkan' keputusan. time tu nak balik kampung. jadi ibu gi klinik Dr Raimah. (gambar ada kat bawah, yang abah post tu)
pengalaman sepanjang mengandungkan zufar .. {nantilah sambng. zufar ngah nangih]
Monday, June 16, 2008
Zufar jumpa Luqman

zufar panas..tu yang tak pakai baju tu
Ahad lepas, bertempat di rumah tompok (punya tuan...iaitu Makcik Jojet) telah berlangsung acara jumpa-jumpa santai. Bersempena jugak merayakan birthday Kak Da (Makcik Da)dengan acara makan mee goreng. Zufar cam biasa terbeliak-beliak bila jumpa orang terutama Luqman yang sentiasa senyum macho..hehe..
Gambar-gambar selebihnya boleh dilihat di Flickr Jojet (jojet kijam..ambik gambo baby jer..tetamu lain hanya dapat enterframe kaki dan tangan aje)
Sunday, June 15, 2008
Salam

Dah lama rasanya plan nak set up blog khas untuk putera sulung kami ni. Tapi biasalah..busy memanjang. Blog ni akan recapped balik cerita-cerita perjalanan hidup Zufar yang Abah tak sempat nak tulis dalam blog Abah. hehe..So sempena hari bapa dan jugak Zufar genap 5 bulan, kita setupkan blog Zufar ni.Mula-mula ni biar Abah n Ibu yang tulis. Nanti Zufar dah pandai menaip (bila yerk?) kami akan serahkan blog ni untuk Zufar.
Sebagai permulaan diletakkan gambar yang memberi seribu makna. Later-later la cerita..Sapa terer..cubalah teka.