Monday, July 14, 2008
the way you make me feel...
okeh. skang citer pasal pengalaman ibu time zufar dalam perut ibu. alhamdulillah. sepanjang mengandungkan zufar ibu tak banyak alah. cuma time awal trimester, ibu cam tader selra makan. makan nasi macam tak sedap. tak boleh nak makan goreng2 kat kedai2 melayu ni. chewahh. cam ngada2 plak. so.. selalunyer ibu malam ibu makan roti nan cheese (boleh dikatakan tiap2 malam) sampai abah pun busan. tengahari makan ape ek?.. oo nasi campur. tapi tak makan bnyk. tader selera langsung. bese kalau makan selalu abeh. ni nak abehkan separuh pun susah. jadi kadang2 makan mcD untuk tengahari. lepas tiap tiap pagi sebelum ibu gosok gigi ke... nak buat apa-apa ke.. bangun je dari tido ibu mesti kena makan dulu.. sebab kalau tak perut kosong pening kepala pehtu muntah. tapi kadang2 tu muntah gak. cuma tak seteruk org lain kot. kira awal 6 bulan pertama ngandungkan zufar ibu mkan roti nan,makan lamb chop, western, banyak kali gak makan teppanyaki. oo.. ntah naper time ibu ngandung tu.. ibu elergik sangat ngan pedas. tokley makan langsung. terasa sungguh pedas. tapi makan black pepper tak per plak. tiap2 pagi plak untuk sarapan.. abah kena belikan ibu roti pisang..hehhehe... kadang2 roti kaya. tapi selalunyer roti pisang. musti nak roti pisang pagi2.
yang bestnyer mengandungkan zufar ni.. pukul 6 mesti zufar kejutkan ibu. jadi sepanjang mengandung ni.. amat jaranglah ibu tertinggey subuh. alhamdulillah. lepas tu tak boleh nak tido balik. pasal time tu zufar suka golek golek dalam perut ibu. abah plak kadang2 buat bodo je bila ibu suh rasa awak gerak gerak lam perut ibu.
cabaran paling hebat mengandungkan zufar ialah semasa bulan puasa. masuk hari ke-2 puasa je, ibu demam. teruk jugak demam ibu tu. sampai menggigil. makan pun tak lalu. satu hari ader la dua tiga suap je yg masuk tekak. kesian abah kena jaga ibu time tu. masuk hari ke-4 ibu demam. abah plak demam. terjangkit dengan ibu. dua dua demam. time nak bukak pose tu, jalan kt pasar ramdhan pun tadek selera. beli pun tak luak gak makan. abah siap boleh simpan untuk sahur. time bukak pose beramai-ramai kat IKEA, makan buffet pun tadek selera gak. geng2 lain makan dua tiga round. ibu ngan abah, satu round pun susah nak abeh. macam sia sia je gi buffet. hahahha.
Tuesday, June 24, 2008
the story..

if u look really really close, u will see the positif line. line jadi blur sebab ada orang pandai (mua'=saya) berangan nak simpan test kit ni. dan dengan bijak pandainya kit ini di basuh untuk tujuan hygiene. maka terjadilah kejadian 'hilangnya' garis positif.
di sebabkan blog ini untuk zufar, jadi ibu rasa perlulah kiranya di ceritakan kisah saat saat hadirnya zufar ke muka bumi ini.. (no. not that kind of detail). test kit dia atas adalah test kit no.3 yang mengesahkan segalanya. sebelum ini ibu beli test kit murah, test, negatif. tapi ibu still tak puas hati sebab ibu dapat feeling yang ibu mengandung. Antara tanda2 nya ialah:
1. time ibu jalan jalan ntah kenapa ramai plak orang mengandung yang ibu jumpa. (kunun...hahahaha)
2. fact yang paling ketara ialah perubahan pada diri ibu.
maka atas dasar tak puas hati, beberapa hari lepas tu ibu gi beli test kit yang mahal sikit. negatif gak. jadi ibu buang aa test kit tu dengan rasa kecewa. tapi time nak angkut sampah buang, ibu terperasan macam ada positif line kat kit tu. walhal dah lama test kit tu di biarkan. so ibu decide untuk tunggu seminggu lagi baru buat test lagi. kali ni ibu beli test kit yang mahal. mahal wo (rm30). ibu decide kalau kali ni negatif gak maknanya negatif la. what did u know.. it turns out positive. excited.. ibu share the result dengan abah. we decide untuk gi klinik bagi 'mengonfirmkan' keputusan. time tu nak balik kampung. jadi ibu gi klinik Dr Raimah. (gambar ada kat bawah, yang abah post tu)
pengalaman sepanjang mengandungkan zufar .. {nantilah sambng. zufar ngah nangih]
