Wednesday, July 15, 2009

hari eksiden...

Selasa 14 July 2009, hari zufar eksiden... mula mula.. zufar kena air panas..insiden ini berlaku di rumah mak long. ada kenduri kecil2an ari tu. sambut orang2 dari muar.. cikgu sekolah abah n 'acik. tapi air tu idok la panas sangat pun.. tapi mendidih la.. tapi still panas.. ibu letak jap air panas tu dalam bekas.. nak test tahap kepanasan dia.. tengah bizi buat susu.. terlupa plak air tu.. yang budak zufar ni plak.. gi amek bekas tu dan tuang kat diri sendiri.. kena kaki.. maraung la dia... isk isk isk... kecian dia....
lepas tu, tangan zufar sepit kat pagar. berlaku masa nak balik dari rumah mak long. tengah ibu n abah ready nak balik. dalam kami tengah bizi2 dan leka, budak zufar ni gi main pagar. pehtu dia tarik pintu pagar tu kuat-kuat. PANG!!!.. pintu tertutup dan jari zufar plak ada kat celah celah tu. tak sedar. maka berlakulah insiden meraung kali kedua nya... cian anak ibu. isk isk.. sedey...

16 July 2009.. 1.00AM.. ibu kena renjatan elektrik yang tersangat la kuat. tak pernah kena kuat camtu seumur hidup.. sakitttt... berbekas tempat.. huhuhuhu

Friday, July 10, 2009

Zufar dan huruf M

[lamo tak berupdate ni...meh kasik citer sikit]

Tiap kali time breakfast kat Kedai Jalwa Seri Kembangan (masakan johor best!), bila sahaja Zufar dah kenyang makan, Abah akan jaga dia kejap (ye.kejap je) sementara tunggu ibu makan. So..abah selalu bawak Zufar melihat poster-poster yg ada kat kedai tu. Di samping itu, abah kenalkan Zufar ngan huruf M. Sebab, M adalah pangkal huruf nama MUHAMMAD ZUFAR HADIF. Pasni abah ajar huruf U plak..ok?

Tapi, yang tak bestnya, Zufar hanya kenal dan tau sebut 'M' jerk...semua huruf/tulisan yang dia nampak, dia akan sebut 'M'. Jadi, bila mak ngah datang umah ari tu...dia nampak tulisan kat baju mak ngah dia, dia pun tunjuk dan sebut M. Mak ngah pun heran la, sebab tade huruf M pun kat baju tu.

LAgi satu peristiwa lak, Ibu tengah nak beli baju. Ibu pun tanya abah...size mana yang sesuai. M ke L?
Zufar jawab....M!
Pandai Zufar ambik hati ibu...Eh..memang saiz awak M cik marani...hehe