Friday, July 10, 2009

Zufar dan huruf M

[lamo tak berupdate ni...meh kasik citer sikit]

Tiap kali time breakfast kat Kedai Jalwa Seri Kembangan (masakan johor best!), bila sahaja Zufar dah kenyang makan, Abah akan jaga dia kejap (ye.kejap je) sementara tunggu ibu makan. So..abah selalu bawak Zufar melihat poster-poster yg ada kat kedai tu. Di samping itu, abah kenalkan Zufar ngan huruf M. Sebab, M adalah pangkal huruf nama MUHAMMAD ZUFAR HADIF. Pasni abah ajar huruf U plak..ok?

Tapi, yang tak bestnya, Zufar hanya kenal dan tau sebut 'M' jerk...semua huruf/tulisan yang dia nampak, dia akan sebut 'M'. Jadi, bila mak ngah datang umah ari tu...dia nampak tulisan kat baju mak ngah dia, dia pun tunjuk dan sebut M. Mak ngah pun heran la, sebab tade huruf M pun kat baju tu.

LAgi satu peristiwa lak, Ibu tengah nak beli baju. Ibu pun tanya abah...size mana yang sesuai. M ke L?
Zufar jawab....M!
Pandai Zufar ambik hati ibu...Eh..memang saiz awak M cik marani...hehe

No comments: